Monday, March 28, 2011

*WISHES WISHES WISHES*

Assalamualaikum et bonjour...comment ca va? :)


Haaiii laahh penat sgguh lately..banyak sangat submission this week n next week..Letihnye laa otak, mata dan segalanya...Tapi minggu ni adalah paling kritikal...Applied study, project management and so on n so on...sgt kelam-kabut, but yet, i can manage to update this thing...


Owwhh...masa, cpt nya kau berlalu kan...baru ja terasa naik 2011, tp skrg dah nak masuk pertengahan tahun dah, dan aku, masih lg kat cni....tak sedarkan diri!


hurmm anyway, i'm taking this opportunity, to make a wish for my 2 gud frens...One, for her birthday n another, for her becoming wedding day...i'm so happy for both of you...i wish n i pray that both of u will have a super duper great life and future undertaking...i love this friendship so much that i won't lose it...stay friends forever!!!


Another thing is, ... hurmm...if possible, I nk jumpe comel hari2 boleh...comel beri I smangat laa, it's obvious!!obvious n obvious!!! I nak sentiasa smgt slalu mcm ni...comel, sile dtg hari2 ye kat laman Anggerik ni, ...dtg bwk diri je pun tkpe smbil mengiau2...(tetibe rase nk letak rantai loceng kt leher comel, kting kting kting)


Stakat ni je laa, mate da ngantuk, comel pon dah lame blayar ntah ke mane...


p/s: Kpd Arziana, wish u happy happy birthday...happy life, happy love, happy friendship, happy family n happy always!Aku syg ko, babe!


p/s :Kpd Shida n Che Din, semoga kalian bercinta smpai ke syurga!!!Jagalah first luv korg ni smpai akhir hyt..Aku syg korg! 


p/s: Kpd comel, comel2 laa slalu! aku pun da mule syg pd comel,...kting kting kting!!!nnt aku belikan ko rantai loceng ye comel!!

Sunday, March 27, 2011

SURPRISE SURPRISE!!!

Assalamualaikum et bonjour...

Errmmm..akhir-akhir ni ada saja kejutan-kejutan yang aku dapat..Penatnya laa haai apabila dikenakan secara sengaja atau x sengaja dengan kejutan-kejutan  ini...Kalau kejutannya baik untukku, alhamdulillah, ku terima dengan tangan dan hati yang terbuka, dan aku merasa sgt gembira...Tapi andai sebaliknya, ku mohon pada Allah supaya ia tidak menjatuhkan semangat aku atau melalaikan rasa...Moga-moga ada hikmahnya di sebalik ini semua...


p/s : thanks to  Mr. C especially for the surprises yg ... aiyaaa...(speechless)

Friday, March 25, 2011

*urrghhh*

Comel,
Semalam aku nmpk kau berlegar-legar di laman Anggerik,
Tetiba semangatku naik walaupun x sempat nak kejar kau, Comel...
Rasa macam nak kejar-kejar kau Comel...
Sebab kau comel sangat..
Anak-anak kucing yg terdampar kat Minimart pun tak secomel kau...
Walaupun mereka sangat laaa comel...

Rupa-rupanya semalam,
Walaupun aku x dpt nk kejar kau,...
Aku jumpe jugek kau Comel...
Tapi...
Kau bagi aku kejutan-kejutan..
Kejutan yang kau dah bertuan...
Aku dah sakit jantung ni, Comel...
Tangan2 aku dah shaking,
Hati aku dah nervous...

Takpelah comel...
Pe aku nak buat kan...
Apepun,
Kau sentiasa lah stay comel...


Thursday, March 24, 2011

*COMEL*

Assalamualaikum et Bonjour...

Comel...
Dalam bulan 3 nih, 
dah berapa ribu kali aku sebut perkataan ni..
Setiap hari, 
Mesti sebut...
Sekurang-kurangnye lebih sepuluh kali sehari...
Cuba bayangkan, 
Campur tolak darab bahagi...
Aku rasa...
Puratanya, lebih 50 kali...
Comel buatpe je hari ni..
Mana si comel ni..
Ape comel buat ni..
Aishh...
Macam geli je...
Nak muntah hijau pun ade...
Tapi hakikatnya...
Kau memang comel di mata aku!!!
Sila sentiasa comel selalu!!!

Terbayang kecomelan kau bila kau tersengeh mcm ni....Kau mmg sgt comel!!!
XOXO!!!

Monday, March 21, 2011

...what ever ever...

*FOBIA*

*FOBIA*

*FOBIA*

Well, it's been almost 3 years...

And fobia keeps on haunted me!!!


Friday, March 18, 2011

...And I Know...

I know I am not alone
I'm not the only one who is broken

And I know I'll never let you go
I could watch the world pass by
Just as long as it's YOU n I
YOU AND I

p/s:  jum lyn dengaq lagu ni ulang2...

Thursday, March 17, 2011

...Jawapan Untuk "Si Dia"...

Saat ni, 
dah taktau nk ckp apa...
lidah dah kelu taknak berkata-kata...
hati???
huhhh mmg x dpt digmbrkan laa dgn kata-kata....
Hanya syukur dipanjatkan kepada Dia...
Alhamdulillah..
Apabila semua sudah tersedia...
Dan aku hanya menanti masa setlelah lama memikirkan ia....
Legaaaaanya...
Bila Interim ni dah siap sepenuhnya...
Walaupun tanpa kepuasan yang tak terhingga...
Kerana aku buatnya sambil lewa....
 :'(

Saturday, March 12, 2011

Yummy Yummy

Apakah ini???

Cukuplah ianya digambarkan dengan gambaran-gambaran di bawah ini....

Weeehhhuuuuuu......

yg mn satu nk focus ni??byk sgt brg kt ats meja nan sepah nihh


bikin closed up lg....nampak x???nmpk x???


haa...ni laahh die....sedapp ooo!!!!!

:P



Tuesday, March 8, 2011

...Mak...

Down~
Bawah~
Jatuh~
Turun~

...Pernah tak?...
...Ketika anda sedang tidur...
...Tetibe meleleh kluar air mata...

...Pernah tak?...
...Selepas anda bangun dari tidur...
...Anda terus telefon ibu anda...
...Dan tanpa sebarang bicara...
...Anda menangis teresak-esak...

...Mak...
...Ampunkan kakak...
...Buat mak bimbang...
...Tapi lega rasanya...
...Dapat menangis dekat mak...
...Terima kasih, mak...
...Sayang mak....

Monday, March 7, 2011

Kurang rajin

Hati ini beku...macam ais di kutub Utara
Hati ini keras...macam batu rasanya
Hati ini kaku...macam tiang-tiang konkrit di tengah kotaraya
Hati ini...hati ini...hati ini...
Terlalu banyak rasa...
Tak tergambar dek kata...

Semangat, datanglah...
Ke mana kau menghilang?
Kenapa kau menjauh dan semakin menjauh?
Semangat, aku perlukan kau...
Carilah aku semula



Friday, March 4, 2011

If only there's another chance ...

This girl is bleeding 
But you can't see her blood 
It's nothing but some feelings 
That this girl kicked up 

It's been raining since you left me 
Now I'm drowning in the flood 
You see I've always been a fighter 
But without you I give up 

Now I can't sing a love song 
Like the way it's meant to be 
Well, I guess I'm not that good anymore 
But baby, that's just me 

And I will love you, baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 
I'll be there till the stars don't shine 
Till the heavens burst and 
The words don't rhyme 
And I know when I die, you'll be on my mind 
And I'll love you - Always 

Now your pictures that you left behind 
Are just memories of a different life 
Some that made us laugh, some that made us cry 
One that made you have to say goodbye 
What I'd give to run my fingers through your hair 
To touch your lips, to hold you near 
When you say your prayers try to understand 
I've made mistakes, I'm just a girl 

When she holds you close, when she pulls you near 
When she says the words you've been needing to hear 
I'll wish I was her 'cause those words are mine 
To say to you till the end of time 

Yeah, I will love you baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 

If you told me to cry for you 
I could 
If you told me to die for you 
I would 
Take a look at my face 
There's no price I won't pay 
To say these words to you 

Well, there ain't no luck 
In these loaded dice 
But baby if you give me just one more try 
We can pack up our old dreams 
And our old lives 
We'll find a place where the sun still shines 

And I will love you, baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 
I'll be there till the stars don't shine 
Till the heavens burst and 
The words don't rhyme 
And I know when I die, you'll be on my mind 
And I'll love you - Always 

Tuesday, March 1, 2011

Cinta Kerana Allah

Dipetik:www.exmaahadian.com oleh:aishahumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. 

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.