Monday, March 28, 2011

*WISHES WISHES WISHES*

Assalamualaikum et bonjour...comment ca va? :)


Haaiii laahh penat sgguh lately..banyak sangat submission this week n next week..Letihnye laa otak, mata dan segalanya...Tapi minggu ni adalah paling kritikal...Applied study, project management and so on n so on...sgt kelam-kabut, but yet, i can manage to update this thing...


Owwhh...masa, cpt nya kau berlalu kan...baru ja terasa naik 2011, tp skrg dah nak masuk pertengahan tahun dah, dan aku, masih lg kat cni....tak sedarkan diri!


hurmm anyway, i'm taking this opportunity, to make a wish for my 2 gud frens...One, for her birthday n another, for her becoming wedding day...i'm so happy for both of you...i wish n i pray that both of u will have a super duper great life and future undertaking...i love this friendship so much that i won't lose it...stay friends forever!!!


Another thing is, ... hurmm...if possible, I nk jumpe comel hari2 boleh...comel beri I smangat laa, it's obvious!!obvious n obvious!!! I nak sentiasa smgt slalu mcm ni...comel, sile dtg hari2 ye kat laman Anggerik ni, ...dtg bwk diri je pun tkpe smbil mengiau2...(tetibe rase nk letak rantai loceng kt leher comel, kting kting kting)


Stakat ni je laa, mate da ngantuk, comel pon dah lame blayar ntah ke mane...


p/s: Kpd Arziana, wish u happy happy birthday...happy life, happy love, happy friendship, happy family n happy always!Aku syg ko, babe!


p/s :Kpd Shida n Che Din, semoga kalian bercinta smpai ke syurga!!!Jagalah first luv korg ni smpai akhir hyt..Aku syg korg! 


p/s: Kpd comel, comel2 laa slalu! aku pun da mule syg pd comel,...kting kting kting!!!nnt aku belikan ko rantai loceng ye comel!!

Sunday, March 27, 2011

SURPRISE SURPRISE!!!

Assalamualaikum et bonjour...

Errmmm..akhir-akhir ni ada saja kejutan-kejutan yang aku dapat..Penatnya laa haai apabila dikenakan secara sengaja atau x sengaja dengan kejutan-kejutan  ini...Kalau kejutannya baik untukku, alhamdulillah, ku terima dengan tangan dan hati yang terbuka, dan aku merasa sgt gembira...Tapi andai sebaliknya, ku mohon pada Allah supaya ia tidak menjatuhkan semangat aku atau melalaikan rasa...Moga-moga ada hikmahnya di sebalik ini semua...


p/s : thanks to  Mr. C especially for the surprises yg ... aiyaaa...(speechless)

Friday, March 25, 2011

*urrghhh*

Comel,
Semalam aku nmpk kau berlegar-legar di laman Anggerik,
Tetiba semangatku naik walaupun x sempat nak kejar kau, Comel...
Rasa macam nak kejar-kejar kau Comel...
Sebab kau comel sangat..
Anak-anak kucing yg terdampar kat Minimart pun tak secomel kau...
Walaupun mereka sangat laaa comel...

Rupa-rupanya semalam,
Walaupun aku x dpt nk kejar kau,...
Aku jumpe jugek kau Comel...
Tapi...
Kau bagi aku kejutan-kejutan..
Kejutan yang kau dah bertuan...
Aku dah sakit jantung ni, Comel...
Tangan2 aku dah shaking,
Hati aku dah nervous...

Takpelah comel...
Pe aku nak buat kan...
Apepun,
Kau sentiasa lah stay comel...


Thursday, March 24, 2011

*COMEL*

Assalamualaikum et Bonjour...

Comel...
Dalam bulan 3 nih, 
dah berapa ribu kali aku sebut perkataan ni..
Setiap hari, 
Mesti sebut...
Sekurang-kurangnye lebih sepuluh kali sehari...
Cuba bayangkan, 
Campur tolak darab bahagi...
Aku rasa...
Puratanya, lebih 50 kali...
Comel buatpe je hari ni..
Mana si comel ni..
Ape comel buat ni..
Aishh...
Macam geli je...
Nak muntah hijau pun ade...
Tapi hakikatnya...
Kau memang comel di mata aku!!!
Sila sentiasa comel selalu!!!

Terbayang kecomelan kau bila kau tersengeh mcm ni....Kau mmg sgt comel!!!
XOXO!!!

Monday, March 21, 2011

...what ever ever...

*FOBIA*

*FOBIA*

*FOBIA*

Well, it's been almost 3 years...

And fobia keeps on haunted me!!!


Friday, March 18, 2011

...And I Know...

I know I am not alone
I'm not the only one who is broken

And I know I'll never let you go
I could watch the world pass by
Just as long as it's YOU n I
YOU AND I

p/s:  jum lyn dengaq lagu ni ulang2...

Thursday, March 17, 2011

...Jawapan Untuk "Si Dia"...

Saat ni, 
dah taktau nk ckp apa...
lidah dah kelu taknak berkata-kata...
hati???
huhhh mmg x dpt digmbrkan laa dgn kata-kata....
Hanya syukur dipanjatkan kepada Dia...
Alhamdulillah..
Apabila semua sudah tersedia...
Dan aku hanya menanti masa setlelah lama memikirkan ia....
Legaaaaanya...
Bila Interim ni dah siap sepenuhnya...
Walaupun tanpa kepuasan yang tak terhingga...
Kerana aku buatnya sambil lewa....
 :'(

Saturday, March 12, 2011

Yummy Yummy

Apakah ini???

Cukuplah ianya digambarkan dengan gambaran-gambaran di bawah ini....

Weeehhhuuuuuu......

yg mn satu nk focus ni??byk sgt brg kt ats meja nan sepah nihh


bikin closed up lg....nampak x???nmpk x???


haa...ni laahh die....sedapp ooo!!!!!

:P



Tuesday, March 8, 2011

...Mak...

Down~
Bawah~
Jatuh~
Turun~

...Pernah tak?...
...Ketika anda sedang tidur...
...Tetibe meleleh kluar air mata...

...Pernah tak?...
...Selepas anda bangun dari tidur...
...Anda terus telefon ibu anda...
...Dan tanpa sebarang bicara...
...Anda menangis teresak-esak...

...Mak...
...Ampunkan kakak...
...Buat mak bimbang...
...Tapi lega rasanya...
...Dapat menangis dekat mak...
...Terima kasih, mak...
...Sayang mak....

Monday, March 7, 2011

Kurang rajin

Hati ini beku...macam ais di kutub Utara
Hati ini keras...macam batu rasanya
Hati ini kaku...macam tiang-tiang konkrit di tengah kotaraya
Hati ini...hati ini...hati ini...
Terlalu banyak rasa...
Tak tergambar dek kata...

Semangat, datanglah...
Ke mana kau menghilang?
Kenapa kau menjauh dan semakin menjauh?
Semangat, aku perlukan kau...
Carilah aku semula



Friday, March 4, 2011

If only there's another chance ...

This girl is bleeding 
But you can't see her blood 
It's nothing but some feelings 
That this girl kicked up 

It's been raining since you left me 
Now I'm drowning in the flood 
You see I've always been a fighter 
But without you I give up 

Now I can't sing a love song 
Like the way it's meant to be 
Well, I guess I'm not that good anymore 
But baby, that's just me 

And I will love you, baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 
I'll be there till the stars don't shine 
Till the heavens burst and 
The words don't rhyme 
And I know when I die, you'll be on my mind 
And I'll love you - Always 

Now your pictures that you left behind 
Are just memories of a different life 
Some that made us laugh, some that made us cry 
One that made you have to say goodbye 
What I'd give to run my fingers through your hair 
To touch your lips, to hold you near 
When you say your prayers try to understand 
I've made mistakes, I'm just a girl 

When she holds you close, when she pulls you near 
When she says the words you've been needing to hear 
I'll wish I was her 'cause those words are mine 
To say to you till the end of time 

Yeah, I will love you baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 

If you told me to cry for you 
I could 
If you told me to die for you 
I would 
Take a look at my face 
There's no price I won't pay 
To say these words to you 

Well, there ain't no luck 
In these loaded dice 
But baby if you give me just one more try 
We can pack up our old dreams 
And our old lives 
We'll find a place where the sun still shines 

And I will love you, baby - Always 
And I'll be there forever and a day - Always 
I'll be there till the stars don't shine 
Till the heavens burst and 
The words don't rhyme 
And I know when I die, you'll be on my mind 
And I'll love you - Always 

Tuesday, March 1, 2011

Cinta Kerana Allah

Dipetik:www.exmaahadian.com oleh:aishahumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. 

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Monday, February 28, 2011

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu, 
Untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,
Juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu,

Ya Allah,
Jadikanlah kecintaan padaMu itu yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri,
Juga melebihi kecintaan kepada keluargaku,
Serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin.

(*Hadith Riwayat At-Tarmidzi)

Sunday, February 13, 2011

SELAMAT TINGGAL HUJUNG MINGGU ... SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI

Bonjour... :)
 
Hari ni hari Ahad...Hari Ahad adalah hari minggu...Hari Ahad adalah hari yang Cik K harap sangat2 dia berlalu dengan lambat sekali..Sebab Cik K tak berapa nk gemar hari Isnin okeh...Hari Isnin adalah hari "Monday Blues"...Cik K tak kisah dengan Monday Blues...Biarlaa dengan Monday Blues, Monday Blues tak bersalah pon dengan Cik K...Monday Blues cuma membuatkan Cik K jadi lembab sedikit je, sbb Cik K dah bercuti selama 3 hari sebelum tibanya hari Isnin...
Tapi, apa yg membuatkan Cik K x suka dengan hari Senin???
Sebabnya adalah......



Hari Senin ada subject Economy...
Tapi subject Economy x bersalah pon dengan Cik K...Ianya cuma salah satu subject yang Cik K kena ambik sampai Cik K habis belajaq nnt, mmg dah ada dgn syllabus pon..Habis tu sebab apa Cik K katakan subject Economy??

Sebab dalam subject Economy dilectured oleh seorang lecturer wanita...Adakah disebabkan oleh subject ekonomi dilectured oleh seorang lecturer wanita membuatkan cik K x gemar hari Senin?Hurmmm..Faktor ni x bersalah walau sekelumit pon....In fact, lecturer ni sangat baik, bersemangat, dan cantik walaupun dah berusia lebih kurang mak Cik K... 

Tapi, ada sesuatu dalam subject Economy ni yang membuatkan CIk K jadi tak gemar sangat lalu menyumbangkan kepada faktor ketidaksukaan hari senin...Sebenarnya kan....

Cik K takut nak masuk class eckonomy ni sebabnya, lecturer cik K yang cantik ni suka tanya2 soalan..especially general knowledge...pendek kata, before masuk class Puan Economy ni mmg kena prepare laa, kena membaca, kena ada The Edge(suratkabaq utk Economist yg berharga rm5 senaskhah)



Weeeheeee... Dan Cik K ni sgtlah "rajin" kan nk membaca tmbh plak psl economic....OOhhh tidak!!

P/S : Maaf, cerita agak tergantung disini..Cik K taktau nk boh ending lagu mana :)

Friday, February 11, 2011

Terima kasih, terima kasih, terima kasih yang tak terhingga-hingga kepada http://terompahsiopah.blogspot.com/ ... I sangat-sangat terharu okay... I dah rembeskan air mata terharu ni...

Citernye mcm nih...Alkisah di suatu petang di kala aku tgh sibuk-sibuk buat assignment Applied Study kt bilik Shida, tetibe handphone ku berbunyi...Tet tet tet tet...

"Kay, ko nak layout macam blog aku?aku nak watkan?hehehehe...temporary punye, b4 aku ajar ko buat yang baru....nak?aku rajen ni."

Wahhh...ayat yang paling last tu paling tak tahan tuuuu...Ahahahaha... Aku apa  laa lagi, bagai orang yg ngantuk di sorongkan bantal, bagai orang yang lapar disuapkan makan, bagai orang yg nak berry-berry dihulurkan mangkuk tandas, dengan lajunya membalas,

Naaakkkk naakk!!!!!!

Hahahaha, gelojoh btoi!..Tapi inilah hasilnya....Terime kasih Zee, merci beaucoup, dankie, pasalamatan ka pagayon marami dan yg sewaktu dgnnya :)

Friendship Forever

Thursday, February 10, 2011

Nk Buat Apa Lepas Ni?

Nak update lg okay......Cayalah, i update twice a day hari ni...eventhough loads loads loads of works awaiting yaaa... Terlalu tension perhaps...

Well anyway, lama dah kot tak tengok movie...Apakah the latest cer kt panggung skrg ni??oouhh how outdated i am.... x kisah laaaa....

Sebenaqnya, i nak merintih sikit kat sni...letihlaaaa otak...byknya keja, so i nak jerit-jerit kat sini sepuas-puas hati okeh....Who care???Bknnya org bleh dgr suara lemak merdu i ni...cuma mungkin ada yg menyampah membacanya...Weeheheeheee...

Pasni, lps habis semua assignments, lps hbs semua exams,...



 i nk pergi movie2




 i nak pergi membeli-belah secara tetingkap, 




i nk pergi, cari makan2 yang best2




 i nak pergi fish spa kt queesnbay mall+massage2

 i nk pergi bowling2, i nak pergi sana, i nak pergi sini...
dan yang penting,





 i nak pergi dating...Weeeheeeheee...

Jom Format Hardisk Kita

Agak busy lately....Next week ada byk submission yg perlu di submit...Diri ini hampir muntah darah bila asek terpikiaq2 ja pasal kerja-kerja yg bertangguh, tetapi masih berkesempatan mengupdate blog ini....

Huhhhhhhh...penat penat dan penat....Sebab apa???
Banyaknya benda2 di dalam kepala otak ni....Benda-benda penting dan tak penting...
tapi, millions of appreciation tu Miss Terompahsiopah.blogspot.com sbb menceritakan atau menasihatkan sesuatu yang agak berguna jugak...

"Ko delete je apape benda yg tk penting dlm otak ko tu, macam aku ni..."
Miss Opah ni mmg happy je bila tgk dia.....

Actually, ada sedikit berita gumbirah disini ...
Apabila memory dalam otak ni sudah hampir kepada "penuh", rasanya kita kena delete separuh daripadanya..Benda2 mana yg tak penting haruslah di masukkan ke dalam recycle bin dan terus click empty the recycle bin tu....Mana-mana file yang dah tersangkut virus trojan ke, daia ke, atau yg sewaktu dengannya mestilah di scan sebanyak lebih dari satu kali sekurang-kurangnya...

Dan Alhamdulillah, pada 3hb February, seusainya Subuh dan ditambah pulak dalam keadaan suasana yang hening dan penuh keberkatan, segala memori dalam ram dan hardisk aku dengan rasminya di delete tanpa mau menoleh ke belakang lagi, semua virus yang bertapuk kat dalam hardisk ni jugak aku dah scan sebanyak lebih dari 3 kali, siap dengan formatting lagi... bermakna, ....Inshallah ram aku akan kembali laju, hardisk aku bersih dari virus2 ...Semoga dah x ada virus lagi selepas ni...

P/S : terimakasih wan, sahabatku  atas semua nasihat2 itu :) 

Tuesday, February 8, 2011

Ku harap Tuhan Cabut Nyawamu

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….


Sunday, February 6, 2011

Can I Called it a Scary Day??

Okeh...This story shud be on last 5th February which was on Saturday...


It is a big day, it is a scary day...well, it is a wonderful day :)
Why???What had happened on that they which i claimed to be such a big scary wonderful day??
Well, its a bday..Someone bday...Who???
Yeah, it's mine actually..
I've turned into 25???ooucchh....Scary kan???Masa umoq ni, mak aku dah ade 2 org anak..Aku dan jugak adik lelaki aku...Tapi aku??Huhuhu...masih muda remaja dan bergelar student kot....Weeeeeheeehehe ;D


Hurmm...anyway, aku sgt bersyukur sbb adanya family yang begitu supportive dan sayangkan aku...Mak abah brought me for a a bday celebration on that nite...Abah kata, akak nk order apa pun order je laa...Since i've been longing for too long for a steamboat, there it was....Yessszaaa, my chance , it's sparkled like twinkle-twinkle little stars...My hearts flowery....My throat just can't wait utk telan those steamboat tuuuuu...Yummy...
Thanx momma and abah...Love u like no one else can do..... Sob2....


P/S:  Actually, i was expecting a piece of wishes from somebody...



O_O

Jika engkau MENCINTA TETAPI CINTAMU TAK BERBALAS,
Senangkan jugalah hatimu!
Kerana sesungguhnya org yg mengusir akan jatuh kasihan
& ingin kembali kpd org yg diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya,
dia akan cinta,
cinta yg lebih tinggi darjatnya drpd cinta lantaran hawa.

Terpencil jauh membawa keuntungan insaf,
kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan.
Sehingga lantaran itu hati kan bersih,
laksana bejana kaca yg penuh berisi air khulud,
air kekal yg dianugerahkan Tuhan.

Dengan sebab itu,
engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu,
kalau tidak ada pada insan.
Bersedialah menerima menyuburkan cinta,
walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu,
kerana cinta memberi dan menerima,
cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu,
sayang engkau tak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau jadi org besar,
yg sanggup memikul cinta yg besar.

Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah,
engkau menjadi pencium bumi,
engkau akan jatuh ke bawah,
tak jadi naik ke dalam benteng yg kuat dan teguh,
benteng yg gagah perkasa yg sukar tertempat oleh manusia biasa.

~ Prof Dr Hamka (1939) Tasawuf Moden ~