Tuesday, July 5, 2011

Al-Fathihah

~Al-Fathihah~
Hidup di dunia ini hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadanya
Cuma belum tentu cepat atau lambat
Belum tentu kita kembali kepadanya ketika umur masih muda ataupun ketika sudah membongkok tiga
Belum tentu keadaan yang bagaimanakah kita bila tiba masanya nyawa kita direntap
Justeru,
Cukupkah amalan saya ini?
Bagaimana keadaannya nanti bila masa saya telah tiba?
Adakah saya dalam keadaan yang cukup bersedia?
Adakah ketika saat itu tiba, saya bisa tersenyum kerana melihatkan kehidupan bahagia pada kehidupan di sana?
Allahu akbar....
Takutnya saya bila memikirkan andainya saya tidak bersedia...
Kerana di kehidupan di dunia ini lazimnya, 
Bila saya tidak bersedia menghadapi peperiksaan, sukar sekali detik-detik ketika menjawab kertas peperiksaan itu...
Namun, sebaliknya pulak bilamana saya bersedia, saya mampu tersenyum dengan lebarnya...
Masyaallah,
Perbandingan ini tak mungkin dapat menandingini ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi ketika saat itu telah tiba...
Bagaimanakah nanti....


p.s, Al-fathihah ini disedekahkan buat arwah Paklong Ajid, yang baru sahaja meninggalkan kami pada 5 Julai 2011 jam 3.10 pagi... Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.

No comments:

Post a Comment