Monday, January 24, 2011

Ikhlas Untuk Awak

Assalamualaikum wbt.

Dear awak,

Ikhlas adalah suatu perasaan yang tiada sesiapapun boleh merasai kehadirannya…Hanya Allah SWT sahaja bisa tahu ikhlasnya seseorang dengan apa yang dilakukannya…Awak, keihklasan saya ini juga hanya Allah sahaja yang mengetahui…saya juga tak dapat memahaminya…Apa yang saya tahu, saya perlukan awak dalam hidup saya… 

Awak, saya benar-benar dah berubah…saya menyesali setiap butir kesalahan yang pernah saya lakukan pada awak, tiada seorang pun dapat faham apa yang saya rasakan ni…Mungkin Dia sahaja yang mengerti…

Awak, dalam setiap doa saya, saya berharap semoga dipertemukan dengan seseorang yang seperti awak lagi…Walaupun saya x mention nama awak didalam doa saya, tapi jauh di dalam hati, saya mengharapkan awak yang akhirnya menjadi milik saya…Saya x berani menaruh harapan, takut nanti saya kecewa… Awak x pernah kecewakan saya, awak… Tapi andainya ia terjadi, apalah yang patut saya buat…

Awak, kalaulah saya ada peluang utk terangkan pada awak, yang saya bukan lagi saya yang dulu…Kalaulah saya ada peluang utk bgtau awak bahwa saya benar2 mengharapkan hubungan kita yang dulu…Saya mendoakannya setiap waktu, awak…Awak, saya mohon, jangan tinggalkan saya lagi… saya mohon, capai semula tangan saya ni…Apa lagi yg mesti saya buat…Awak adalah perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidup saya, hadirlah semula awak…untuk yang terakhir kalinya!


2 comments: